Spirometer Kawalan Komputer
CCS-200 (CCS-200 Computer Controlled Spirometer)
- mengesan tahap pernafasan atau kapasiti pernafasan bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan paru-paru ataupun sesudah menjalani pembedahan yang memberi kesan kepada sistem pernafasan seperti pembedahan jantung dan perut.
- Spirometer ini akan menghasilkan keputusan yang tepat dan menghasilkan rajah spirogram berulang bagi kegunaan NIOSH program berkala. Pelekap mulut pakai buang mudah untuk dipasang dan dibuang dengan hanya menekan butang.
- Dengan menggunakan perisian data computer untuk “Windows” memudahkan operator untuk menentukan perulangan, tahap latihan pernafasan dan mengesan kesilapan ketika ujiann atau latihan dilakukan.
- Spirometer ini dapat membandingkan kesemua keputusan sebelumnya secara automatik dengan menetapkan beberapa ramalan keputusan yang lebih tearah kepada nilai yang normal untuk analisis.
Dengan menyambungkan kepada komputer,
data yang yang dapat dipaparkan adalah graf “flow/volume and
volume/time” , penentuan FVC dan FEV1. Kalibrasi secara automatik setiap
hari. “Window” yang boleh
digunakan bersama adalah Windows 8 (32 atau 64-bit), 7 (32-
atau 64-bit), Vista SP2 (32- dan 64-bit), atau XP
SP3, 1.4 GHz atau “processor” tahap tinggi,
512 MB (XP) atau 1 GB (Vista/7/8) RAM minimum,
1 GB percuma HDD.
Olympus Endocapsule 10 System
- Pil yang dilengkapi dnegan sitem kamera untuk ditelan bagi memudahkan melihat keadaan usus. Selepas menelan pil ini, peskait akan memakai satu tali pinggang antena di kawasan perut dan akan menerima "wireless video" daripada pil tersebut. Memberikan 160 darjah keluasan pemandangan dan ketahan bateri selama 12 jamdan tali pinggang antena yang boleh dipakai di luar baju. Alat yang sangat canggih dengan skrin pandangan 3D memudahkan untuk menganalisis keadaan usus.
Wireless Blood
Pressure Monitor
- Alat ini digunakan bersama-sama Android atau iPhone. Bentuk "cuff pressure" yangsangat inovatif dalam bentuk silinder dan mudah bentuk memudahkan pesakit untuk memasang sendiri tanpa bantuan. Hanya perlu muat turun aplikasi "Withings Healthmate" dan menghubungkan "bluetooth" antara alat dan aplikasi, tekanan darah dapat di cek dengan sendiri. Data akan dipaparkan di telefon mudah alih Android ataupun iPhone tersebut. Diluluskan oleh (Food and Drug Administration) diUSA.
Welch Allyn OAE Hearing Screener
- Alat digunakan untuk mengesan bagaimana rerambut di dalam kokhlea telinga respon terhadap bunyi. Ujian ini dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Dengan teknologi canggih dan kecil memudahkan jururawat untuk melakukan ujian dengan hanya meletakkan prob ke dalam telinga bayi dan seterusnya menekan butang. Alat ini akan menghasilkan dua jenis tona suara dan mikrofon di dalam OAE akan mengesan respon terhadap suara. Sekiranya normal, alat ini akan memamarkan perkataan "pass" di skrin. Data boleh di alihkan melalui bluetooth dan boleh dicetak. Alat ini mengurangkan risko keputusan yang tidak tepat.
Pocket CPR
- 'PocketCPR' menggabungkan ciri-ciri sistem pemberitahu CPR bersaiz poket biasa dengan ciri unik yang dinamakan 'CPR feedback function'. Alat ini memberitahu pengguna sepanjang semua langkah-langkah CPR dan mengukur kekuatan kompresi. Jika diperlukan, alat ini akan menyuruh pelaku CPR agar 'Tekan lebih kuat'. Jika kompresi dada dibuat dengan jitu, alat meyakinkan pelaku CPR dengan mengatakan 'Kompresi yang bagus.
Sistem
Pemantauan Vital
- Sistem Pemantauan Vital adalah konsep gelang yang direka oleh Dan Bishop untuk menjimatkan masa doktor memeriksa tanda-tanda penting pada pesakit bagi barangan yang benar-benar penting dengan cepat memeriksa pesakit doktor tanda-tanda penting. Dengan melalukan sensor suhu Sistem Pemantauan Vital pada bahagian seluruh dahi, doktor menerima data mengenai tekanan darah dan denyutan seseorang dan dengan segera telah dihantar secara 'wireless' kepada sistem carta untuk rekod dan rujukan masa depan. Ini boleh membuat kerja doktor yang lebih cekap, terutama dalam situasi kecemasan, atau apabila ada keperluan untuk memeriksa ramai pesakit.
DIY
PAP SMEAR
- 0% daripada kes kanser serviks (kanser ke-5 yang paling biasa berlaku di kalangan wanita di seluruh dunia). Ianya berlaku di negara-negara berpendapatan rendah ke pertengahan di mana pemeriksaan rutin & ujian tidak mudah didapati. Ujian Smear ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan mudah untuk dikendalikan. Untuk memastikan penggunaan yang konsisten , produk ini boleh dilakukan sendiri kerana ianya disediakan dengan 6 ‘cap’ yang cukup untuk tempoh 3 tahun ujian bagi setiap 6 bulan sekali
- ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH
- Obesiti merupakan factor penyebab berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti. Alat ini berfungsi bagi mengesan keabnormalan aliran darah ke jantung. Alat pengesan bersaiz dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ianya merupakan punca kepada kerosakan jantung bermula. Dengan alat ini, kerosakan pada jantung dapat dikesan awal sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan segera dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.
The
onyx 9560 (fingertip pulse oximeter)
- Nama jenama ini adalah The Onyx 9560. Ian merupakan alat yang dicipta untuk mengawasi atau memeriksa nadi dan tahap ketepuan oksigen dalam darah (spO2). segala maklumat vital pengguna boleh dimuatnaik, disimpan dan dikongsi dengan pengamal perubatan yang lain. Kelebihan alat ini adalah ia mempunyai teknologi Bloutooth untuk berhubung dengan alat yang lain seperti komputer dan ia adalah alat tanpa wayar. Selain itu, ia memiliki teknologi SmartPoint dan memory on-board untuk mengesan spO2 dan kadar nadi jantung dengan tepat.
Ultrasound
Mudah Alih ( V scan)
- Vscan merupakan satu teknologi yang dicipta oleh GE. Vscan adalah alat yang menggunakan teknologi ultrasound yang membolehkan para doktor untuk memeriksa bahagian dalam badan pesakit secara visual semasa pemeriksaan fizikal. Alat ini boleh mengimbas mana-mana sistem dalam badan kita contohnya seperti bahagian abdomen, jantung, paru-paru dan sebgainya. Alat ini boleh memeriksa fungsi organ dan membuat diagnosis dengan cepat dan yakin. Alat ini sangat mudah digunakan dan senang dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan dan boleh di simpan di dalam poket. alat ini mempunyai bateri yang boleh di cas, kad memori bersaiz 4GB, kabel USB dan skrin paparan. Alat ini boleh digunapakai oleh pakar perubatan, jururawat dan pelajar perubatan.Doktor boleh membawa peranti ini sebagai sebahagian daripada kit perubatan mereka, menyelamatkan pesakit walau dimana mereka berada dan diagnosis awal boleh menyelamatkan pesakit
No comments:
Post a Comment