Monday, 22 June 2015

ISU SEMASA: TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN KESEIMBANGAN PENGGUNAAN ICT DALAM & DI LUAR BANDAR





Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyara­kat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.

Terdapat beberapa kaedah yang perlu dititikberatkan untuk memperkasakan pendidikan ICT di Luar Bandar agar sejajar dengan perkembangan ICT di bandar. Antaranya ialah :

Kaedah Memperkasakan Pendidikan ICT Luar Bandar:

1- Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu meneruskan  pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

2-Peranan KPM. KPM juga perlu meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) perlu dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan perlu diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

3-Melengkapkan kemudahan Infrastruktur. Bagi menjayakan misi wawasan 2020 pihak berwajib seharusnya mampu untuk menyediakan gajet-gajet ICT seperti komputer, rangkaian internet, cakera video digital (DVD) dan sebagainya dengan kadar yang mengcukupi.Hal ini karana,masalah ini merupakan suatu faktor utama yang menyumbang kepada masalah penguasaan kemahiran ICT terutamanya kepada pelajar luar bandar. Keadaan ini mungkin membantutkan proses pengajaran & pembelajaran antara guru dan pelajar. Justeru.dengan kemudahan yang mengcukupi,pelajar dapat menguasai kemahiran mengelola alatan ICT dengan lebih cepat dan pantas.

4- Peningkatan program. Setiap pelajar khususnya yang berada di luar bandar seharusnya diberikan pendedahan  lebih dengan mempertingkatkan penglibatan mereka dengan program ICT. Hal ini dapat memberi ruang kepada mereka untuk meneroka dunia ICT dengan penuh minat,disamping dapat menambah pengetahuan mereka. Jadi secara tidak langsung,pelajar tersebut dapat menguasai penggunaan ICT dengan lebih baik setaraf dengan pelajar bandar.

5-Peranan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya sedar akan kepentingan ICT kepada anak-anak kini. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan alatan ICT agar dapat menjadi contoh dan guru kepada anak-anak. Hal ini juga dapat mengawal daripada berlakunya penyalahgunaan kemahiran ICT dalam kalangan anak-anak terutamanya dalam gejala tidak sihat seperti menonton cerita lucah,dan sebagainya.

Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam kalangan pelajar, sama ada pelajar di Luar Bandar mahupun pelajar Bandar adalah sangat penting agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan keseimbangan mengenai dunia teknologi yang semakin berkembang maju

7 comments:

  1. langkah kerajaan memajukan bidang ICT ini amat bagus untuk kegunaan dan kemajuan rakyat terutama di kalangan pelajar khususnya yang berada diluar bandar.Namun untuk memperluaskan penggunaan ICT ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak terutama pihak kerajaan, pihak sekolah mahupun ibubapa bagi menjayakan program ini.

    ReplyDelete
  2. pada masa kini bidang ICT merupakan satu bidang yang wajib dipelajari dan diketahui oleh semua golongan masyarakat terutama para pelajar, sekiranya mereka tidak mahir dalam bidang ICT maka mereka akan digelar 'katak di bawah tempurung' dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran kerana pendidikan pada masa sekarang memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT. oleh itu bidang ICT amat penting dalam bidang pendidikan

    ReplyDelete
  3. teknologi ICT ini amat diperlukan pada zaman kini. Oleh itu pihak berwajib memang perlu memperkasakannya di kawasan luar bandar bagi mengelakkan mereka tertinggal dek arus kemajuan

    ReplyDelete
  4. dalam era globalisasi ,semua pihak seharusnya bersama-sama memainkan peranan agar teknologi ICT ini dapat dikecapi bersama. Bukan hanya tertumpu pada kawasan bandar, malah kawasan luar bandar juga perlu didedahkan dengan teknologi ini agar masyarakat serta para pelajar tidak tercicir dari arus kemajuan.

    ReplyDelete
  5. Dalam era globalisasi ini, teknologi ICT memainkan peranan yang penting yang membawa malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting untuk memastikan negara terus maju pada masa akan datang

    ReplyDelete
  6. Tak dapat dinafikan kita perlukan ICT untuk pembagunan, namun sebagai ibubapa ,kita hendaklah memantau ank-anak supaya mereka tidak leka dan hanyut dalam pemodenan.

    ReplyDelete
  7. cikju sangat bersetuju dengan pandangan penulis tentang penggunaan ict dalam pendidikan seharian...tetapi sebagai ibu bapa kita perlu pantau agar ia tidak menjadi permasalahan di masa hadapan.

    ReplyDelete