Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Teknologi
maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang
sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam
bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk
mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan
memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet,
masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu
menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang.
Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur
Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat
mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
Selain
itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita.
Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari
yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana
kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan
dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan
dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber
multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan
mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh
mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti
Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber
tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini,
mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.
Terdapat beberapa
kaedah yang perlu dititikberatkan untuk memperkasakan pendidikan ICT di Luar
Bandar agar sejajar dengan perkembangan ICT di bandar. Antaranya ialah :
Kaedah Memperkasakan
Pendidikan ICT Luar Bandar:
1- Mengadakan lebih
banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian Pendidikan
Malaysia perlu meneruskan pelbagai jenis
sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Peruntukan belanja
mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
2-Peranan KPM. KPM juga
perlu meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) perlu dikaji semula agar lebih menekankan
kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi memastikan program ini dapat beroperasi
dengan lancar, program latihan dan bimbingan perlu diadakan iaitu Latihan Asas
Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan
pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan
Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan
P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti
program F1 Technology Challenge dan Robotik.
3-Melengkapkan
kemudahan Infrastruktur. Bagi menjayakan misi wawasan 2020 pihak berwajib
seharusnya mampu untuk menyediakan gajet-gajet ICT seperti komputer, rangkaian
internet, cakera video digital (DVD) dan sebagainya dengan kadar yang
mengcukupi.Hal ini karana,masalah ini merupakan suatu faktor utama yang
menyumbang kepada masalah penguasaan kemahiran ICT terutamanya kepada pelajar
luar bandar. Keadaan ini mungkin membantutkan proses pengajaran &
pembelajaran antara guru dan pelajar. Justeru.dengan kemudahan yang
mengcukupi,pelajar dapat menguasai kemahiran mengelola alatan ICT dengan lebih
cepat dan pantas.
4- Peningkatan program.
Setiap pelajar khususnya yang berada di luar bandar seharusnya diberikan
pendedahan lebih dengan mempertingkatkan
penglibatan mereka dengan program ICT. Hal ini dapat memberi ruang kepada
mereka untuk meneroka dunia ICT dengan penuh minat,disamping dapat menambah
pengetahuan mereka. Jadi secara tidak langsung,pelajar tersebut dapat menguasai
penggunaan ICT dengan lebih baik setaraf dengan pelajar bandar.
5-Peranan ibu bapa. Ibu
bapa seharusnya sedar akan kepentingan ICT kepada anak-anak kini. Mereka
seharusnya mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan alatan ICT
agar dapat menjadi contoh dan guru kepada anak-anak. Hal ini juga dapat
mengawal daripada berlakunya penyalahgunaan kemahiran ICT dalam kalangan
anak-anak terutamanya dalam gejala tidak sihat seperti menonton cerita lucah,dan
sebagainya.
langkah kerajaan memajukan bidang ICT ini amat bagus untuk kegunaan dan kemajuan rakyat terutama di kalangan pelajar khususnya yang berada diluar bandar.Namun untuk memperluaskan penggunaan ICT ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak terutama pihak kerajaan, pihak sekolah mahupun ibubapa bagi menjayakan program ini.
ReplyDeletepada masa kini bidang ICT merupakan satu bidang yang wajib dipelajari dan diketahui oleh semua golongan masyarakat terutama para pelajar, sekiranya mereka tidak mahir dalam bidang ICT maka mereka akan digelar 'katak di bawah tempurung' dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran kerana pendidikan pada masa sekarang memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT. oleh itu bidang ICT amat penting dalam bidang pendidikan
ReplyDeleteteknologi ICT ini amat diperlukan pada zaman kini. Oleh itu pihak berwajib memang perlu memperkasakannya di kawasan luar bandar bagi mengelakkan mereka tertinggal dek arus kemajuan
ReplyDeletedalam era globalisasi ,semua pihak seharusnya bersama-sama memainkan peranan agar teknologi ICT ini dapat dikecapi bersama. Bukan hanya tertumpu pada kawasan bandar, malah kawasan luar bandar juga perlu didedahkan dengan teknologi ini agar masyarakat serta para pelajar tidak tercicir dari arus kemajuan.
ReplyDeleteDalam era globalisasi ini, teknologi ICT memainkan peranan yang penting yang membawa malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting untuk memastikan negara terus maju pada masa akan datang
ReplyDeleteTak dapat dinafikan kita perlukan ICT untuk pembagunan, namun sebagai ibubapa ,kita hendaklah memantau ank-anak supaya mereka tidak leka dan hanyut dalam pemodenan.
ReplyDeletecikju sangat bersetuju dengan pandangan penulis tentang penggunaan ict dalam pendidikan seharian...tetapi sebagai ibu bapa kita perlu pantau agar ia tidak menjadi permasalahan di masa hadapan.
ReplyDelete